Statistik diatas adalah keputusan pilihanraya Permatang Pasir 2008
Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah seperti yang saya jangka.
keputusan sememangnya memihak kepada PAS walaupun pihak BN telah melakukan yang terbaik untuk meraih undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.
Berdasarkan keputusan ini saya berpendapat bahawa masyarakat permatang pasir masih memerlukan khidmat wakil rakyat dari PAS. Walaupun pelbagai janji telah diberikan oleh BN, ternyata Rakyat Permatang Pasir mementingkan kualiti pimpinan pihak ulama.
Semoga rakyat Permatang pasir akan terus mementingkan Ukhrawi berbanding Duniawi yang fana.
Sekian cerita Pilihanraya Permatang Pasir.
Majoriti yang diraih Salleh 4,551
Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

No comments:
Post a Comment