Thursday, September 3, 2009

Isu kuil



Selesaikan isu kuil

Oleh Azian Aziz
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 2 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini bagi mengelak perselisihan kaum.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu disampaikan kepada Abdul Khalid dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos lalu.

“Baginda juga telah menitahkan perkara itu pada sesi menghadap hari Rabu iaitu sebelum mesyuarat Exco berlangsung,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas berita yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini bertajuk Sultan Selangor diminta campur tangan.

Dalam laporan tersebut, beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) meminta Sultan Selangor campur tangan isu kuil di Seksyen 23 di sini.

Isu tersebut bermula apabila penduduk di Seksyen 23 membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan mereka yang majoritinya beragama Islam berbanding hanya 40 penganut Hindu.

Ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat minggu lalu bagi menyatakan bantahan.

Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh serta menjadi kontroversi apabila ada kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu ketika berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sehubungan itu, pelbagai pihak termasuk dari luar negara mengkritik tindakan tersebut yang dianggap tidak sensitif dengan sentimen kaum dan agama.

Kes Sebat Kartika Sari Dewi



Tiba-tiba seluruh Malaysia dikejutkan dengan kes pertama wanita dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan meminum arak.

Namun yang menjadi kontroversi adalah perlaksanaan huuman tersebut kerana terpaksa ditangguhkan berikutan ketiadaan tukang sebat. Kartika Sari Dewi meminta hukuman segera dijalankan tanpa penagguhan namun alasan yang amat kukuh menyebabkan hukuman ditangguh.

Apa-apa pun kenapalah isu ini yang begitu diperbesarkan. Kan lebih banyak lagi isu yang boleh dikemukakan dan diperbahas.

Tak paham aku.

Kes Teoh



Kematian Teoh boon hock diselubungi kontroversi dan dikaitkan dengan konspirasi pembunuhan.

Pelbagai teori telah muncul bagi mengaitkan kematiannya.

Perbicaraan kes masih berjalan dal pelbagai isu telah dibangkitkan dan saling terkait.

Apakah kesudahan kontroversi ini?

Tuesday, August 25, 2009

Keputusan pilihanraya kecil permatang pasir



Statistik diatas adalah keputusan pilihanraya Permatang Pasir 2008


Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah seperti yang saya jangka.
keputusan sememangnya memihak kepada PAS walaupun pihak BN telah melakukan yang terbaik untuk meraih undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Berdasarkan keputusan ini saya berpendapat bahawa masyarakat permatang pasir masih memerlukan khidmat wakil rakyat dari PAS. Walaupun pelbagai janji telah diberikan oleh BN, ternyata Rakyat Permatang Pasir mementingkan kualiti pimpinan pihak ulama.

Semoga rakyat Permatang pasir akan terus mementingkan Ukhrawi berbanding Duniawi yang fana.

Sekian cerita Pilihanraya Permatang Pasir.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Monday, August 24, 2009

Pilihanraya kecil Permatang Pasir


Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung esok menemukan antara calon dari PAS dan calon BN. Pas telah meletakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man sebagai calonnya. Manakala BN meletakkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman sebagai calonnya.

Apakah keputusan esok akan dibayangi oleh keputusan di Manik Urai?

Dapatkah PAS mempertahankan kerusi yang dipegang?

Dapatkah Calon BN memenangi pilihanraya kecil ini?

Apakah kontroversi yang akan timbul semasa hari undi esok?

Sama-sama kita nantikan keputusan pilihanraya esok.

Pilihanraya Presiden Afganistan 2009



Ini adalah sebahagian dari pilihan video yang menarik untuk tontonan bagi pilihanraya presiden Afganistan 2009.

Pilihanraya semakin hampir, serangan Taliban sampai ke Kabul

OGOS 10 — Lebih kurang dua minggu lagi Pilihanraya Presiden kedua selepas jatuhnya regim Taliban akan berlangsung di Afghanistan. Pilihanraya Presiden dan Provinsi ini dijadualkan pada 20 Ogos 2009.

Dalam pilihanraya kali ini, Hamid Karzai ditentang dengan sengit oleh Dr Abdullah Abdullah dan Dr Asyraf Ghani Ahmadzai walaupun secara keseluruhannya, 37 orang telah disahkan untuk bertanding bagi merebut kerusi presiden pada kali ini termasuk dua orang wanita.

Sementara itu, 3,300 calon akan bertanding bagi merebut jawatan Kerajaan Tempatan di 34 buah provinsi.

Kedua-dua pesaing hebat Karzai ini pernah menggangotainya kabinetnya sebagai Menteri Luar Negeri dan Menteri Kewangan dalam kerajaannya lalu.

Karzai mempunyai sedikit kelebihan oleh kerana mempunyai sokongan yang kuat dari pemimpin Jihad dan ahli parlimen. Pemimpinan tertinggi Jihad adalah seperti berikut: Sabghatullah Mujjadidi, Abdul Rub Rassol Sayyaf, Pir Sayyed Ahmad Gillani, Ustad Muhaqiq, Ustad Mohisini, Qazi Amin Waqad dan Abdul Hadi Arghandiwal yang berdiri di belakang Karzai.

Karzai turut memperkukuhkan kedudukannya dengan memilih Timbalan Presiden Karim Khalili dan bekas Menteri Pertahanan Qasim Fahim sebagai timbalannya. Mustafa Zahir, cucu kepada bekas Monarki Mohammad Zahir Shah; Abdul Rashid Dostum, pemimpin Uzbek yang termasyur; dan bekas fraksi Komunis termasuk Syed Mohammad Gulabzai turut bersama-sama Karzai.

Walaupun mendapat sokongan yang kuat daripada pemimpin jihad dan ahli parlimen, cabaran terbesar Karzai ialah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat. Selepas dipilih menjadi presiden pada tahun 2004, kehidupan rakyat masih lagi tidak berubah. Pengangguran, kemiskinan dan tahap kehidupan yang teruk telah menyebabkan populariti Dr Abdullah Abdullah dan Dr Asyraf Ghani meningkat mendadak.

Majoriti rakyat Afghanistan terdiri daripada bangsa Pashtun. Oleh kerana itu, undi daripada masyarakat Pashtun amat penting bagi menentukan kemenangan seseorang calon itu.

Kedua-dua penyokong Dr Abdullah Abdullah dan Dr Asyraf Ghani yakin bahawa mereka mampu menewaskan Karzai berikutan dengan kekecewaan rakyat terhadap taraf kehidupan dan kemiskinan.

Cabaran terbesar dalam pilihanraya presiden yang bakal berlangsung ialah “sabotaj” daripada pergerakkan Taliban.

Semakin hampir tarikh pilihanraya,Taliban mempertingkatkan serangan yang dengan tujuan untuk menggagalkannya.

Objektif Taliban jelas. Jika mereka berjaya menyebabkan peratusan keluar mengundi serendah 30 peratus, presiden yang bakal dipilih tidak mempunyai kredibiliti untuk memimpin Afghanistan dan ini akan memudahkan lagi Taliban untuk kembali berkuasa.

Provinsi-provinsi yang terletak di selatan Afghanistan yang bersempadan dengan Pakistan seperti Kandahar, Hilmand, Paktia, Nemroz, Zabul, Paktia dan Paktika telah lama ditawan oleh Taliban.

Malahan ramai pihak tidak yakin Independent Election Commission (IEC) mampu untuk mendirikan pusat pembuangan undi di kawasan-kawasan tersebut. Asian Network for Free Election (ANFREL) sendiri tidak menghantar pemantau di provinsi-provinsi tersebut berikutan dengan situasi keselamatan yang parah.

Kini serangan Taliban telah diperluaskan ke seluruh negara termasuk bandar Kabul.

Terbaru, pada 4 Ogos lalu, Taliban melancarkan lapan serangan roket dari beberapa penjuru ke dalam bandar Kabul menyebabkan lapan orang tercedera termasuk wanita dan kanak-kanak di Makiron dan Masoud Avenue yang lokasinya berhampiran dengan Kedutaan Amerika Syarikat.

Serangan tersebut telah menggemparkan masyarakat antarabangsa

Selain itu, penempatan penduduk dan kenderaan turut musnah dalam serangan tersebut. Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

Zabiluaah Mujahid dilaporkan oleh media tempatan berkata, serangan tersebut bertujuan untuk mengingatkan kerajaan dan rakyat Afghanistan bahawa Taliban tidak menyokong pilihanraya tersebut.

Jurucakap Taliban tersebut turut menyatakan bahawa serangan tersebut membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Karzai yang disokong oleh kuasa asing tidak mampu untuk mengawal keadaan keselamatan negara termasuklah bandar Kabul yang telah mempunyai kawalan keselamatan yang ketat daripada tentera Afghanistan dan tentera asing.

Secara keseluruhannya, keadaan keselamatan masih belum mencapai tahap yang memuaskan menjelang pilihanraya yang bakal berlangsung akibat daripada tindakan agressif daripada Taliban. Ketua Polisi Antarabangsa Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana mengakui bahawa pilihanraya akan datang akan berlangsung dalam keadaan yang sulit.

Ancaman-ancaman dari Taliban telah berjaya masuk ke kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap aman seperti di Utara dan Barat Afghanistan. Contohnya, keganasan baru-baru ini telah merebak ke Kunduz, Mazar-e-Sharif dan Herat. Govenor Herat baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa 20 tempat pembuangan undi dikawasan tersebut telah ditawan oleh Taliban.

Walaupun keganasan Taliban dan situasi keselamatan tidak menentu, kempen pilihanraya yang bermula semenjak 16 Jun yang lalu semakin terasa kehangatannya.

Badan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pilihanraya yang bakal berlangsung. Afghan Woman Network (AWN) pada 4 Ogos lalu melancarkan kempen untuk meyakinkan kaum wanita untuk mengundi dalam pilihanraya 20 Ogos akan datang di bandar Kabul.

Menurut seorang aktivis wanita, Wazhma Faroogh ketika bercakap di majlis tersebut, kempen yang dilancarkan itu bukanlah bertujuan untuk menyokong mana-mana calon. Kempen tersebut dilancarkan untuk memastikan pengelibatan yang besar kaum wanita dalam pilihanraya akan datang.

“Setiap wanita harus mengundi calon yang mereka percaya boleh melakukan sesuatu untuk mereka,” katanya. Dia turut menambah bahawa kempen tersebut akan berterusan sehinggalah hari mengundi bagi memastikan kaum wanita akan mengundi dalam pilihanraya 20 Ogos nanti.

Wazhma percaya, jika peratusan keluar mengundi dikalangan wanita rendah, pilihanraya tersebut tidak akan menjadi sempurna.

Cabaran semakin tinggi menjelang pilihanraya yang akan berlangsung. Apa-apa pun rakyatlah yang akan menentukan. Sekuat mana serangan Taliban, jika rakyat mahu keluar mengundi, pilihanraya 20 Ogos akan berjaya.

Rata-rata rakyat yang ditemui hanya mahukan keamanan dan kestabilan. Mereka sudah “penat” dengan peperangan demi peperangan. Walaupun majoriti rakyat Afghanistan tidak sukakan campurtangan asing dinegara tersebut, mereka hanya membiarkannya hanya kerana mahu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

sumber : http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/amin-iskandar/34722-pilihanraya-semakin-hampir-serangan-taliban-sampai-ke-kabul-

Afghan Presidential Candidates React to Vote

Here is what some of the main Afghan presidential candidates are saying about the 20 August election:

Incumbent Afghan President Hamid Karzai
"It's the second presidential and parliamentary election in Afghanistan and I'm sure that, Inshallah [God willing], this will be for peace, for progress and for the well being of the Afghan people and I request the Afghan people to come out and vote so that, through their vote, Afghanistan can be more secure, more peaceful and a better country."

Former foreign minister Abdullah Abdullah
"I'm concerned about the violence which is underway today, about security incidents, but a sa whole I'm very positive.... There have been some reports from some parts of the country but still people have shown their courage, their resilience and they have participated."

Former finance minister Ghani Ahmadzai
"I hope that we can peacefully resolve all the critical issues that would be arising regarding fraud. We are determined to avoid a Kenya and Zimbabwe at any cost and we are grateful for the support that the people of Europe and the rest of the world are providing."

Lawmaker Ramazan Bashardost
"So there is transparency, it is not honest, it is not free because the ink is not here. I can vote twice, I can vote a third [time]. It is the reason that I ask Karzai, the American Ambassador, especially the American Ambassador, and Mr. Ludin [Azizullah Ludin, head of Afghanistan's Independent Election Commission] to stop immediately, immediately this election."

Karzai winner of Afghanistan election: Report


Sun, 23 Aug 2009 11:52:54 GMT
Reports from Afghanistan's election commission suggest incumbent President Hamed Karzai is the winner of the presidential election, excluding the possibility of runoff.

Afghan media announced on Sunday that sources inside the election commission said President Karzai had secured over 70% of the votes counted so far.

According to the sources, of the 4,514,084 of the votes counted by Saturday evening, Karzai has won 3,244,196 of the votes while his main rival former foreign minister Abdullah Abdullah came in second with 1,029,467 (23 percent), a Press TV correspondent reported.

The two were followed by Dr. Ramazan Bashardost with 189,659 votes, Dr. Ashraf Ghani with 47,954 votes and Mirwais Yassini with 2,714 votes.

Media reports also said that two million votes have not been counted yet, which shows that nearly 6.5 millions Afghan cast their ballots in the country's second presidential election since the 2001 ouster of the Taliban-led regime.

Nearly 17 million Afghans were eligible to vote in Friday's presidential election

This is while Afghanistan's Independent Election Commission has not confirmed the report of Karzai's win , saying the victor will not be announced until September 17. Preliminary results are expected on Tuesday.

Both leading candidates --Karzai and Abdullah-- have claimed victory in the August 20 election.

The vote is expected to go to a second round in October if neither candidate wins an outright majority of 50 percent.

HE/HGH

Copyright © 2009 - Press TV - All rights reserved.

Sunday, August 23, 2009

Manusia terpantas Di Dunia


Usain bolt telah membuktikan kepada dunia bahawa dia adalah manusia terpantas. Dengan kelajuan pada 9.58 saat untuk 100 Meter dan 19.19 saat untuk 200 meter, Usain Bolt telah berjaya memecahkan rekodnya sendiri yang telah di lakukan semasa Olimpik Beijing 2008.

Adakah rekod ini akan kekal lama atau mungkin akan dipecahkan dalam masa terdekat?
sama-sama kita nantikan.

Ikutilah video bagaimana Usain Bolt melakukan rekod baru 100 meter.

Pandangan Michael Johnson Tentang Caster Semenya



Apa pula pandangan anda tentang video ini?

Caster Semenya .... is a MAN?!



Apa pandangan anda tentang video ini?

Athlete 'humiliated' by gender controversy

















































Ini adalah konroversi yang melibatkan atlet afrika selatan Caster Semenya yang didakwa sebenarya adalah lelaki. Ikuti cerita yang dilaporkan oleh ABC Sport.

The gender controversy surrounding South Africa's teenage 800 metres world champion Caster Semenya has been humiliating for her, the country's athletics chief said.

Semenya's rapid improvement over the past year, in which she has shaved more than eight seconds off her personal best in the two-lap race, prompted the International Association of Athletics Federations (IAAF) to order a gender test.

"I will continue to defend the girl, I will continue to do anything, even if I am to be kicked out of Berlin," Athletics South Africa president Leonard Chuene said.

"But I am not going to let that girl be humiliated in the manner that she was humiliated because she has not committed a crime whatsoever.

"Her crime was to be born the way she is born.

"And now people are not happy, and on that basis she is isolated like a leper, like she has got a disease that will affect other people, and I don't think it's proper."

Powerfully built but smooth running, the 18-year-old Semenya clocked one minute and 55.45 seconds for the year's fastest time and a personal best by more than a second to win gold, hours after the IAAF said the procedure for gender testing had started.

"I think what they should have done is to protect her until the results are out and then we sit and look at it," Chuene said.

"Because even if the results are out, if we sit and look at it, at home they would like to have a second opinion, these are her parents, this is not going to be a simple thing.

"We are going to be dealing with a case where the parents are going to come in, where the government is going to come in strongly, and that is going to be the case and that is what I am saying as the head of the federation," he said.

Semenya's father Jacob insists his daughter is female and calls her "his little girl".

IAAF officials said they had tried to keep the issue out of the public domain until documents were leaked from a Berlin medical facility, where some of the gender testing has been conducted.

Other tests had been carried out in a special South African medical centre.

IAAF general secretary Pierre Weiss, who replaced Semenya at the medallists' news conference, had said she would lose the medal if it turned out she was "not a female", but the IAAF later said this was not a straight-forward option.

"If the evidence is overwhelming then we could do that," said spokesman Nick Davies, adding that it was not necessarily the path the IAAF would choose.

"We just have to wait until the reports are concluded. We will involve only the best experts."

The governing African National Congress has called on South Africans to rally behind Semenya.

-Reuters/ABC

Permulaan Cerita

Terpanggil dengan keadaan semasa membuat aku berniat untuk memulakan blog ini.
Saban hari pelbagai kontroversi yang kita jumpa tak kira dalam opis, sebelah rumah, sekampung, setaman, semukim, sedaerah, senegeri, senegara dan sedunia.

Oleh itu aku akan memuatkan isu2 kontroversi tak kira sekecil mana yang aku jumpa.

Tujuan utama hanyalah untuk satu wadah perkongsian dengan semua.

Selamat membaca.